05:33:16pm,19/03/24

TABUNG LATIHAN PUSPANITA
INFO

hak cipta terperlihara © 2007-2016- PUSPANITA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PAHANG

 

 

 

 

LATAR BELAKANG
TABUNG PUSPADARA PUSPANITA

TABUNG LATIHAN PUSPANITA (TLP) telah ditubuhkan pada 1998. Pelancarannya telah diadakan pada 7 Ogos 1998 oleh Y.A.Bhg Datin Paduka Dr Siti Hasmah Bt Hj Mohd Ali selaku Pengerusi PUSPANITA Kebangsaan.

 

 

 

 

PAUTAN ILMU
TUJUAN PENUBUHAN
  • Memberi bantuan kewangan kepada ahli dan/atau keluarga iaitu suami dan anak-anak yang mengidap barah dan/atau penyakit-penyakit lain seperti senarai yang diluluskan untuk meringankan beban mereka. Keutamaan akan diberikan kepada pesakit barah payudara.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan punca, pencegahan dan rawatan bagi penyakit barah payudara serta penyakit-penyakt lain.
  • Bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk membantu meningkatkan kemudahan bagi mencegah penyakit ini. Syarat-syarat permohonan i. Pemohon hendaklah terdiri daripada ahli PUSPANITA.
SYARAT-SYARAT PEMOHONAN
  • Pemohon hendaklah terdiri daripada ahli PUSPANITA.
  • Ahli keluarga iaitu suami dan anak-anak yang masih di bawah tanggungan ahli yang di bawah umur 21 tahun.
  • Mendapat laporan lengkap daripada Pakar Perubatan Hospital Kerajaan atau Swasta mengenai penyakit yang dihidapi.
  • Semua permohonan yang lengkap mestilah dikemukakan melalui Cawangan Kementerian/Negeri untuk pengesahan oleh Pengerusi atau Setiausaha sebelum dihantar kepada Urusetia Tabung PUSPADARA PUSPANITA peringkat Kebangsaan.
  • Jumlah sumbangan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Tabung PUSPADARA PUSPANITA.
  • Sumbangan adalah sekali seumur hidup bagi setiap pesakit (ahli/suami/anak).
KETERANGAN LANJUT
Untuk keterangan lanjut, sila berkunjung ke laman web PUSPANITA Kebangsaan www.puspanita.org.my atau hubungi Biro Kebajikan PUSPANITA PKNP.

 

HIPER RANGKAI
^ATAS