10:23:22pm,23/04/24

 

 

 

LATAR BELAKANG
PUSPANITA PKNP ditubuhkan pada 19 Julai 2007 dengan tujuan untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita PUSPANITA di semua peringkat perkhidmatan, menggalakkan perkembangan kemahiran, kemajuan diri, penyertaan di dalam program-program kebajikan, pemilikan aset dan sebagainya.
LOGO PUSPANITA

  • Bintang & Bulan Sabit melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga.
  • Buku melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.
  • P dan Fa melambangkan kewanitaan.
  • Bunga Padi melambangkan perpaduan dikalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam.
  • Bunga Raya melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan negara.
  • Warna Emas melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.
  • Warna Ungu melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.
LAGU PUSPANITA

Bulan, bintang empat belas penjuru Lambang keutuhan bersatu padu
Isteri, pegawai, kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu

Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri sama memberi kebajikan
Di samping itu bertukar pandangan Menambah ilmu serta pengetahuan

Bunga padi tanda keutuhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat

PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik diasah
Sifat kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah

Korus:
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita

Lirik: Y. Bhg. Datin Dr. Noor Laily Dato' Abu Bakar
Muzik: Encik Ahmad Shah

^ATAS

 

 

hak cipta terperlihara © 2007-2016- PUSPANITA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PAHANG

LATAR BELAKANG PUSPANITA