Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO BAHARU PKNP TENUN PAHANG SOI updated
27/03/2024 05:03:07 PM by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli in LUAR
Realistic Attraction Sdn. Bhd. sedang melalui fasa penjenamaan semula (rebranding) dan akan dikenali sebagai PKNP Tenun Pahang Soi Sdn. Bhd. (PTPS). Justeru, satu pertandingan mencipta logo baharu PTPS akan berlangsung bermula 1 April - 30 April 2024 sepertimana poster dilampiran. Kami ingin mengajak semua warga kerja PKNP dan seluruh anak syarikat PKNP untuk menyertai pertandingan ini. Hadiah wang tunai berjumlah RM 300.00 untuk dimenangi.
Full Story
 
MENTERI BESAR PAHANG MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT AHLI PERBADANAN PKNP DAN BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA KERJA KUMPULAN PKNP updated
25/03/2024 05:03:09 PM by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli in LUAR
YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail mempengerusikan Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNP Bil.1 /2024 di BCIC Lodge, Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada 21 Mac 2024. Seterusnya, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy yang juga merangkap Pengerusi PKNP telah meluangkan masa berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama hampir 280 orang Warga Kerja Kumpulan PKNP. Beliau turut memberikan sumbangan kepada 60 orang pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Baitul Hasanah, Kuantan. Turut hadir pada majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Ahli - Ahli Perbadanan PKNP, Pengurusan PKNP, Pegawai Kanan Anak Syarikat serta Warga Kerja Kumpulan PKNP.
Full Story
 
SUMBANGAN ZAKAT PKNP UKIR SENYUMAN DI WAJAH GOLONGAN MUALAF DI NEGERI PAHANG updated
22/03/2024 08:03:02 AM by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli in LUAR
YH. Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Chinese Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Pahang pada 18 Mac 2024 semalam bertempat di Kimstone Ballroom, Kompleks Teruntum. Majlis yang dihadiri oleh seramai 220 orang yang terdiri daripada mualaf dari Persatuan MACMA serta jabatan/ agensi Kerajaan Negeri Pahang turut menyaksikan sesi penyerahan sumbangan zakat PKNP kepada golongan mualaf yang dikategorikan sebagai kurang berkemampuan iaitu seramai 108 orang. Turut hadir dipihak PKNP adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Hal Ehwal Korporat PKNP, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim serta Pegawai Perhubungan Korporat PKNP.
Full Story
 
PUSPANITA PKNP RAI 14 ANAK DARI RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN PEREMPUAN DARUL SALAM AL MUKHTAR, PEKAN updated
22/03/2024 07:03:49 AM by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli in LUAR
Seramai 14 orang anak-anak dari Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darul Salam Al Mukhtar, Pekan telah diraikan oleh Ahli Jawatankuasa PUSPANITA PKNP bagi membeli kelengkapan menyambut Hari Raya Aidilfitri termasuk baju kurung dan tudung.Seterusnya mereka telah dibawa berbuka puasa yang turut dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA PKNP, Y. Bhg. Datin Zuhaira binti Zainordin. Semasa majlis berbuka puasa tersebut juga, YH. Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar yang turut meluangkan masa telah menyampaikan sumbangan cek kepada Pengurusan Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darul Salam Al Mukhtar, Pekan seterusnya menyempurnakan sesi pemberian duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir. Turut hadir sama semasa majlis berbuka puasa tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA PKNP, Puan Masturul Jannah binti Rashid serta AJK-AJK PUSPANITA PKNP.
Full Story
 
PKNP ANJUR PROGRAM MEMASAK DAN AGIHAN GULAI KAWAH SEMPENA IHYA RAMADAN 1445H updated
22/03/2024 07:03:41 AM by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli in LUAR
PKNP telah menganjurkan Program Memasak Gulai Kawah Sempena Ihya Ramadan 1445H bertempat di perkarangan Kompleks Teruntum pada 14 Mac 2024 semalam. Penganjuran program yang dibuat saban tahun ini melibatkan sebilangan anggota pekerja PKNP yang bergotong - royong dalam penyediaan bahan masakan sehingga ke proses akhir iaitu pengagihan gulai kawah kepada kakitangan PKNP, jabatan/organisasi di Kompleks Teruntum serta orang awam. Penganjuran program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKNP, Y.Bhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek yang turut sama membantu persiapan serta memasak gulai kawah tersebut. Pada hari yang sama di sebelah petang pula, PKNP telah turut serta dalam program Ihya Ramadan 1445H Peringkat Negeri Pahang anjuran Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP) yang mana PKNP telah mengagihkan sebanyak 200 bekas gulai kawah kepada orang awam bertempat di Padang MBK 1, Kuantan.
Full Story
 
BENGKEL SEMAKAN PELAN STRATEGIK PKNP 2024 updated
22/03/2024 07:03:31 AM by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli in LUAR
Bengkel Semakan Pelan Strategik PKNP 2024 telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 4 Mac 2024 sehingga 6 Mac 2024. Bengkel ini disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, barisan Pengurus Bahagian/Unit PKNP dan Pegawai A yang terlibat. Program yang berlangsung selama tiga hari ini bertujuan bagi menyemak dan membuat pindaan kepada Pelan Strategik PKNP 2021-2026 sedia ada dengan penambahbaikan dari segi kandungan bagi memenuhi hala tuju strategik semasa PKNP. Disamping itu, Puan Nor Azilah binti Abdul Aziz, Pengurus ICT turut membentangkan Pelan Digital PKNP yang perlu digariskan dalam Pelan Strategik PKNP sebagai usaha berterusan untuk PKNP bergerak ke arah digitalisasi. Bengkel ini turut dibantu oleh pihak perunding dari Akademi PKNS Sdn Bhd, Encik Mohd Raihan bin Mohd Tahir bagi menyemak imbang kandungan Pelan Strategik PKNP yang perlu ditambahbaik. Ketua Pegawai Eksekutif dalam ucapan perasmian beliau menekankan Pelan Strategik PKNP perlu dijadikan panduan dan rujukan utama kepada semua anggota pekerja PKNP bagi menjamin kejayaan PKNP dalam setiap hala tuju yang ingin dicapai pada masa akan datang.
Full Story
 
PELAWAAN SEMULA IKLAN PROGRAM EKSEKUTIF PELATIH updated
14/03/2024 05:03:31 PM by Nur Haniza binti Abdul Hamid in LUAR
Full Story
 
SESI PEMBENTANGAN KPI 2023 DAN PELAN PERNIAGAAN 2024 ANAK SYARIKAT KUMPULAN PKNP updated
11/03/2024 07:03:45 AM by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli in LUAR
Pada 4 Mac 2024 telah berlangsungnya Sesi Pembentangan KPI 2023 dan Pelan Perniagaan 2024 Anak Syarikat Kumpulan PKNP.


Sesi ini disertai oleh syarikat - syarikat milik penuh PKNP iaitu PKNP Mineral Industries Sdn Bhd, PKNP Agro - Tech Sdn Bhd, RT Development And Engineering Sdn Bhd, BCIC Holdings Sdn Bhd, Realistic Attraction Sdn Bhd (Tenun Pahang Soi) dan Rumpun Timur Sdn Bhd.


Program yang berlangsung di sebelah petang ini dihadiri oleh seramai 20 orang dikalangan Ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan anak syarikat. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin.


Ketua Pegawai Eksekutif dalam ucapannya berkata dalam kelembapan ekonomi, syarikat perlu tahu kemampuan dan memanfaatkan peluang kerana kejayaan sesebuah syarikat terletak kepada keupayaan syarikat untuk terus meningkatkan produktiviti bagi memenuhi permintaan pasaran.
Full Story
 
SEBUT HARGA updated
11/03/2024 07:03:09 AM by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli in LUAR

 
KENYATAAN TAWARAN BAGI CADANGAN USAHASAMA PROJEK PEMBANGUNAN KEDIAMAN updated
05/03/2024 10:03:58 AM by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli in LUAR
 

 Next >>>

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.