Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


GUBAL POLISI PENGURUSAN RISIKO RASUAH - KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP
16/10/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
G

Gubal Polisi Pengurusan Risiko Rasuah - Ketua Pegawai Eksekutif


Kuantan, 9 Oktober - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar mengarahkan semua bahagian/unit di PKNP serta anak-anak syarikat PKNP untuk menggubal Polisi Pengurusan Risiko sebagai salah satu mekanisme kawalan dalaman untuk meminimumkan risiko amalan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan rumusan di hari terakhir Kursus Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management) yang berlangsung selama dua hari pada 8 - 9 Oktober 2020 di Dewan Seminar EDC, Tingkat 3, Kompleks Teruntum.Beliau juga turut memberi penekanan kepentingan tadbir urus yang baik (good governance) dalam organisasi PKNP yang perlu diterapkan kepada semua peringkat kakitangan PKNP.

Kursus CRM ini dikendalikan oleh Encik Mohd Rezaidi bin Mohd Ishak daripada QTC Management Consultant Sdn. Bhd. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun serta 51 orang pegawai yang terdiri Pengurus-Pengurus, pegawai-pegawai bahagian/unit PKNP serta pegawai-pegawai kanan anak-anak syarikat PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.