Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


“PKNP PERLU BERGERAK KE DEPAN DENGAN HALA TUJU BAHARU BAGI TERUS MEMACU EKONOMI DI NEGERI PAHANG” - YB SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
27/10/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim

Genting Highlands, 21 Oktober - YB Setiasuaha Kerajaan Pahang, DatoSri Dr. Salehuddin bin Ishak menyarankan PKNP bergerak ke depan dengan hala tuju baharu bagi terus memacu ekonomi negeri serta perlu bijak merebut peluang terutama dalam sektor perindustrian yang terbuka luas.


Beliau menyatakan demikian ketika dijemput menyampaikan ucaptama/amanat sempena penganjuran Bengkel Strategic Review  PKNP 2020 - 2026 di Hotel Geo Resort, Genting Highlands, Pahang baru-baru ini. selama 3 hari bermula 21 hingga 23 Oktober 2020.




Sebelum itu, bengkel selama tiga hari yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar menyatakan penganjuran bengkel ini adalah satu keperluan dan bertepatan pada masanya dengan melihat kepada keadaan ekonomi semasa, dinamika pasaran dan kesan daripada penularan wabak Covid - 19.

Pada akhir bengkel, beberapa strategi sebelum ini telah disusun kembali dan diperkemaskan. Hala tuju PKNP kini akan memberi lebih penekanan kepada sektor perindustrian, pengurusan aset dan pembangunan hartanah


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.