Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


JAWATANKUASA PROMOSI LEAN PKNP ANJUR PERTANDINGAN TEKA KATA LEAN 2020
18/11/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 17 November - Jawatankuasa Promosi Lean PKNP telah menganjurkan Pertandingan Teka Kata Lean yang telah berlangsung di Dewan EDC Tingkat 3, Kompleks Teruntum jam 9.30 pagi.


Acara ini adalah merupakan salah satu program/aktiviti yang telah dirancang untuk dilaksanakan dalam kalender promosi untuk tahun ini. Sebelum itu,  dua aktiviti promosi lean telah berlangsung  iaitu Spot The Difference  (Dua Siri) dan Grand Kahoot Of Lean pada bulan Ogos 2020 yang lalu.


Dalam pertandingan pada kali ini, Zon Eksklusif yang diwakili Puan Che Nor Shamsina Che Yahya dan Puan Nurul Diana Anayan telah berjaya menjadi  juara. Tempat kedua pula disandang oleh Zon Agresif yang diwakili oleh Encik Mohd Hadri bin Arshad dan Encik Nasrul Arif bin Ahmad dari Bahagian Teknik. Zon Proaktif menduduki tempat ketiga dan diwakili oleh Cik Nurul Alia Zainudin dan Cik Siti Nuraishah Mohamed Asri dari Bahagian Audit Dalam.


Syabas dan tahniah kepada para pemenang.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.