Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT DARI UNIVERSITY COLLEGE YAYASAN PAHANG (UCYP) KE PKNP
19/11/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani

Kuantan , 18 November - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun hari ini menerima kunjungan hormat dari University College of Yayasan Pahang (UCYP) yang diketuai oleh Dr Tan Li Pin, Timbalan Naib Canselor Hubungan Industri dan Pembangunan Penyelidikan UCYP.



Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan potensi jalinan kerjasama antara PKNP dan UCYP. Antara agenda yang dibincangkan adalah perkongsian pengalaman kepakaran PKNP yang boleh dimanfaatkan oleh UCYP, penyediaan platform bagi para pensyarah untuk ditempatkan di PKNP dan potensi penyelidikan dari UCYP untuk  menambah baik Kompleks Teruntum.



Turut hadir Pengurus Perindustrian, Tuan haji MD. Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim, Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia, Puan Nooremi binti Musa, Penolong Pengurus Bahagian Perindustrian, Puan Dhaleazafarina binti Md Zabani serta Penolong Pengurus Hal Ehwal Korporat, Encik Mohd Fahmi bin Abdul Ghani.



Pihak UCYP pula diwakili oleh Encik Ezuan Hadi bin Zulkefly, Puan Ainul Hayati binti Yunus dan Encik Alif bin Abdul Karim Zamri.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.