Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


LAWATAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG (JPNP) KE KOMPLEKS PENGEMBANGAN TENUN PAHANG DIRAJA
23/11/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani

Kuantan, 20 November - Satu sesi lawatan dan perbincangan mengenai Corporate Package yang ditawarkan oleh Realistic Attractions Sdn Bhd (RASB) kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) telah diadakan di Kompleks Pengembangan Tenun Pahang DiRaja, Sungai Soi, Kuantan baru-baru ini.



Lawatan ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Perancangan dan Pengurusan PPD, Hajah Asiah binti Hamzah, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas JPNP, Y. Bhg Datin Sri Kamariah binti Mohamad serta Pengerusi Puspanita PKNP, Puan Zuhaira Zainordin. Turut hadir Y.Bhg Datin  Hajah Noraskin binti Jamaludin, Setiausaha Perbadanan PKNP merangkap Ahli Lembaga Pengarah Syarikat RASB.



Lawatan ini adalah bagi  merealisasikan hasrat Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) untuk menonjolkan identiti Pahang dalam kalangan seluruh warga pendidikan Negeri Pahang. Justeru, saranan "Tenun Thursday" oleh Kerajaan Negeri dilihat sangat bersesuaian dengan konsep  TPP akan disambut oleh JPNP sebagai usaha mempromosikan identiti Pahang yang akan dipakai pada setiap hari Khamis minggu pertama.



RASB merupakan anak syarikat milik penuh PKNP yang mengeluar dan memasarkan Kain Tenun Pahang DiRaja.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.