Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


WEBINAR : PKNP TURUT DIJEMPUT SEBAGAI AHLI PANEL
25/11/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 24 November -  PKNP melalui Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, turut dijemput sebagai  ahli panel jemputan bagi membentangkan kertas kerja seminar secara maya (Webinar) anjuran Insitut Kajian Zakat  dan Wakaf Malaysia dan Uitm Shah Alam baru-baru ini.




Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Nasry bin Kassim  telah membentangkan kertas kerja bertajuk : Model Keusahawanan Dalam Membangunkan Usahawan Luar Bandar.




Antara objektif webinar ini adalah berkongsi modul keusahawanan yang digunapakai dalam membangunkan usahawan luar bandar. Program bual bicara secara langsung yang bertemakan Bersama Membangunkan Ekonomi Luar Bandar dipermudahcara oleh Prof Madya Dr Mohd Afandi bin Mat Rani, Pengarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM.




Pembentangan  yang telah dilaksanakan menerusi laman Webinar  turut dihadiri Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Muhammad Jabrul Akmal bin Mat Yahya dan Encik Mohamad Amirul bin Hanzah.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.