Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP TERIMA KUNJUNGAN DARIPADA TERAJU
25/11/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 25 November : - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar telah menerima lawatan dari Unit Peneraju Agenda Bumiputera, TERAJU yang berperanan untuk memastikan agenda bumiputera di dalam perlaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur ( East Coast Rail Link / ECRL) dipatuhi.



TERAJU yang ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Jabatan Perdana Menteri adalah satu unit strategik yang berperanan untuk meneraju, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara. Delegasi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Tuan Haji Md Silmi Abd Rahman serta beberapa orang pegawai kanannya berminat untuk melihat model perlaksanaan bagi penglibatan kontraktor bumiputera bagi projek tersebut di Negeri Pahang di bawah kendalian PKNP untuk diselaraskan kepada semua negeri yang terlibat. Turut hadir,  Pengurus Pemantauan Perniagaan, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.