Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ATUR LAWATAN TAPAK BERSAMA BAKAL PELABUR KE TAMP, PEKAN
26/11/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Pekan, 26 November : - PKNP melalui Bahagian Perindustrian telah mengatur lawatan tapak  dan mesyuarat/perbincangan bersama pelabur berpotensi iaitu Scion Alliance Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Tanjung Agas Maritime Park (TAMP), Pekan, Pahang.



Perbincangan dengan pihak Scion Alliance Sdn. Bhd. adalah untuk membincangkan cadangan pembangunan Eco Industrial Park seluas 600 ekar di kawasan ini. TAMP yang terletak 50km dari bandar Kuantan merupakan kawasan perindustrian yang strategik kerana kedudukannya bertentangan dengan Laut China Selatan.



Pada ketika ini, kesemua infrastruktur asas telah dibangunkan termasuk sistem bekalan elektrik dan air yang telah dimulatugas pada suku pertama 2020. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan Penolong Pengurus Perindustrian PKNP, Puan Dhaleazafarnia binti Md Zabani. Turut hadir wakil TGA Solutions Sdn. Bhd.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.