Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH LIPIS
07/12/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 4 Disember - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Kunjungan ini disambut oleh Pegawai Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim.





Program ini bertujuan untuk membincangkan isu - isu berkaitan cadangan pembangunan ekonomi terutamanya yang melibatkan tanah - tanah PKNP di Daerah Lipis. Perbincangan turut disertai wakil Majlis Daerah Lipis.





Program ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun, Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Pemantauan Perniagaan, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Pembangunan Hartanah, Encik Azis bin Muhamad, Penolong Pengurus Perindustrian, Encik Mohd Rizal bin Redzuan dan Penolong Pengurus Pembangunan Hartanah, Encik Ahmad Nur Azrul Che Razali.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.