Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KETUA PEGAWAI ESKSEKUTIF PKNP MERASMIKAN KELAB KELUARGA KUMPULAN PKNP DAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN KUMPULAN PKNP
09/12/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 8 Disember - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar telah merasmikan Mesyuarat Agung Dwi - Tahunan Kelab Keluarga Kumpulan PKNP kali ke - 17 sesi 2020 / 2021 dan Mesyuarat Agung Tabung Khairat Kematian Keluarga Kumpulan PKNP sesi 2020 / 2021 pada hari ini di Dewan Utama EDC, Kompleks Teruntum.

Majlis perasmian dan mesyuarat ini telah dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan jumlah kehadiran kurang dari 30 orang, melaksanaan penjarakan fizikal dan mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka. Majlis ini juga meraikan persaraan Setiausaha Agung Kelab Keluarga Kumpulan PKNP, Encik Nasir bin Manan yang telah berkhidmat selama 32 tahun. Bagi memastikan anggota kerja PKNP yang lain dapat turut serta, mesyuarat ini dipancarkan secara langsung dari Dewan Utama EDC melalui aplikasi Zoom. Seramai 80 orang anggota kerja PKNP telah menghadiri majlis ini secara atas talian.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun merangkap Pengerusi Tabung Khairat Kematian Keluarga Kumpulan PKNP; Setiausaha Perbadanan, Datin Noraskin binti Jamaludin; Pengerusi Kelab Keluarga Kumpulan PKNP, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman dan ahli jawatankuasa kelab.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.