Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP HADIR KE MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH TGA SOLUTIONS SDN BHD
11/12/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 10 Disember - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar telah menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TGA Solutions di Wisma Sri Pahang baru-baru ini.


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak ini bertujuan antara lain untuk membincangkan pembangunan dan pengurusan sumber dana di Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, Pekan.


Pada mesyuarat yang sama, turut diadakan sesi penyerahan sijil saham bagi tambahan saham PKNP dalam TGA Solutions Sdn Bhd. oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang kepada Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar.


Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman dan Pengurus Teknik, Tuan Haji Mohamad Hasrizal bin Hasim. Hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif TGA Solutions Sdn. Bhd. serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.