Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA DENGAN MAJUTERA MAKMUR SDN BHD
11/12/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 11 Disember - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar menandatangani perjanjian usahasama antara PKNP dengan Majutera Makmur Sdn Bhd (MMSB) pada petang ini di Bilik Mesyuarat Lembaga, Kompleks Teruntum.



Perjanjian ini ditandatangani bertujuan untuk membangunkan perumahan Chendor, Mukim Sungai Karang, Kuantan yang melibatkan 170 unit rumah meliputi 4 fasa pembangunan. Pembinaan fasa 1 dijangka bermula pada tahun 2021. Majutera Makmur Sdn Bhd (MMSB) diwakili oleh YH Dato’ Hashim bin Ismail, Encik Dick Hilmi bin Hassan dan Encik Masri bin Mukhtar.



Turut hadir menyaksikan sesi petang ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun, Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim, Pengurus Bahagian Khidmat Perundangan, Puan Salwa binti Mohd Kasim dan Pengurus Bahagian Pembangunan Hartanah, Encik Azis bin Muhamad.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.