Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


UJIBAKAT PENCARIAN SUARA EMAS - PEMBACA BERITA RADIO MEDIA PERBADANAN PKNP
17/12/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan , 17 Disember - Satu ujibakat untuk mencari bakat - bakat baru sebagai pembaca berita radio Media Perbadanan PKNP bagi sesi 2021 telah dijalankan pada hari ini di Kompleks Teruntum. Ujibakat yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Korporat PKNP ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada anggota pekerja baharu dan lama bagi menonjolkan potensi mereka. Seramai 21 anggota pekerja PKNP telah menjalani ujibakat ini dan diadili oleh Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat PKNP, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim dan Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Nasry bin Kassim.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.