Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MESYUARAT AHLI PERBADANAN PKNP BIL 4 2020
22/12/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuala Lumpur, 21 Disember - Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNP telah dipengerusikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di Kuala Lumpur pada hari ini.

Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan hala tuju serta prestasi semasa kewangan PKNP dan pembentangan bajet 2021.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ahli - Ahli Perbadanan PKNP dan Pengurusan PKNP yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun; dan Setiausaha Perbadanan PKNP, Datin Hajah Noraskin binti Jamaluddin, Pengurus - Pengurus dan wakil Bahagian Hal Ehwal Korporat.

Sementara itu, satu memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani di antara Taraf Raya, China Communications Construction Company (ECRL) Sdn Bhd dan Malaysia Rail Links (MRL) Sdn Bhd. MOU ini dijangka dapat memperkukuhkan  usahasama PKNP di dalam projek ECRL di Negeri Pahang di samping membantu usahawan-usahawan bumiputera Negeri Pahang sendiri.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.