Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS PERHIMPUNAN AWAL TAHUN 2021 DAN PERSARAAN ANGGOTA PEKERJA PKNP
04/01/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan , 4 Jan : Majlis Perhimpunan Awal Tahun 2021 PKNP telah berlangsung di Dewan Utama PKNP, Kompleks Teruntum pada hari ini.

Pada majlis ini Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar telah membentangkan prestasi kewangan 2020 dan pencapaian PKNP sepanjang 2020. Alhamdulillah, PKNP telah berjaya mencapai KPI pada tahun 2020.

Beliau berharap ini akan menjadi motivasi kepada semua anggota pekerja PKNP supaya terus bersemangat untuk bekerja dengan lebih kuat pada tahun 2021.

Tahniah kepada semua anggota pekerja yang telah menggembleng usaha bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pada majlis yang sama, beliau juga berkongsi  hala tuju PKNP untuk tahun 2021. Beliau juga mengingatkan semua anggota pekerja untuk sentiasa menjaga integriti dan disiplin sebagai penjawat awam.

Hari ini juga diraikan dua orang pesara PKNP, Hajah Norizan binti Ab. Aziz dan Encik Iskandar bin Abd Samad. Kedua - duanya telah berkhidmat di PKNP lebih dari 36 tahun.

Bagi mematuhi prosedur standard operasi (SOP), majlis ini diadakan secara fizikal turut dipancarkan secara langsung ke Dewan Seminar untuk ditonton oleh anggota pekerja PKNP yang lain.

Semoga tahun 2021 membawa kejayaan lebih besar untuk PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.