Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PKNP 2021
20/01/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah berjaya melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan di daerah Kuantan, Pekan dan Maran bermula pada 18 Januari hingga 19 Januari 2021.

Misi bantuan kali ini tertumpu kepada beberapa kawasan iaitu Cherok Paloh, Pulau Rusa, Kampung Semangat, Kampung Awah dan Kuala Sentul. Sukarelawan dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil bagi mematuhi operasi standard prosedur (SOP). Bagi memudahkan operasi, pengagihan telah dilaksanakan secara serentak di beberapa tempat.

Misi ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang terjejas akibat banjir yang melanda baru - baru ini. Di samping memberikan sumbangan berjumlah RM 200,000 kepada Kerajaan Negeri Pahang, PKNP juga telah mengambil inisiatif sendiri dengan memperuntukkan bantuan tambahan sebanyak RM 30,000 kepada mangsa banjir kali ini. Malah, anggota - anggota pekerja PKNP turut menyalurkan sumbangan wang tunai untuk misi ini.

Seramai 25 orang sukarelawan yang terdiri daripada anggota pekerja PKNP menyertai misi kali ini. Program ini diadakan dengan kerjasama Kelab Keluarga Kumpulan PKNP dan Puspanita PKNP.

Pengurusan dan anggota pekerja PKNP mengharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan para penerima dan dapat membantu meneruskan kehidupan dalam mengharungi musibah yang melanda

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.