Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH WILAYAH PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA KE PKNP
22/01/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 21 Januari - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Wilayah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Encik Mohd Azwan bin Mohd Salleh baru - baru ini.


MPC berfungsi dalam menerajui penggalakan dan penyebaran maklumat dan isu - isu yang berhubungan dengan produktiviti jabatan.Untuk rekod, PKNP telah diiktiraf oleh MPC sebagai Pengamal Pengurusan Lean Sektor Awam sejak 2013.


Malah, PKNP merupakan agensi pertama melaksanakan Pengurusan Lean di dalam Sektor Perkhidmatan Awam.Kunjungan hormat ini mengukuhkan lagi pengiktirafan MPC kepada PKNP.

Semoga kerjasama dua hala antara dua perbadanan akan terus utuh dan berkembang maju.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.