Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MARII KE PKNP
26/01/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 26 Januari - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) menerima kunjungan hormat dari Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii), Dato' Madani Sahari pada hari ini.


Kunjungan hormat julung kali ini disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar.Pertemuan ini diadakan dengan tujuan pembentangan dan perkongsian cadangan projek oleh pihak MARii.


MARii adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) yang berfungsi untuk menggalakkan pembangunan strategik dan operasi 'intelligent systems' melalui penggunaan platform pintar, aplikasi dan teknologi.


Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun, Pengurus  Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman dan Pegawai - Pegawai tadbir.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.