Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ATUR SESI PERJUMPAAN DENGAN YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II
05/03/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani

Putrajaya, 4 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar mengadakan pertemuaan bersama YB Timbalan Menteri Kewangan II, Tuan Mohd Shahar bin Abdullah baru-baru ini.


Sesi pertemuan pada kali ini adalah untuk membincangkan kerjasama dua hala antara PKNP dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi perancangan projek di kawasan Parlimen Paya Besar serta projek-projek PKNP lain.


Banyak perkara telah dibincangkan dan kedua - dua belah pihak saling bertukar pandangan terutama bagi memajukan kawasan di sebelah Kuantan Barat.


Hadir bersama Pengurus Pemantauan Perniagaan PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Pembangunan Hartanah PKNP, Kapten Azis bin Muhamad serta wakil dari UTM, Dr. Mohd Khairuddin bin Ramly dan Encik Noor Zihan Ahmad Zainuri.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.