Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ATUR SESI TEMUDUGA BAKAL PENYEWA KEDAI DESA RAKYAT KUALA KERDAU
05/03/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani



Temerloh, 4 Mac - PKNP melalui Bahagian Pemasaran dan Pengurusan Harta telah mengatur sesi temuduga untuk bakal penyewa Kedai Desa Rakyat Kuala Kerdau, Temerloh bagi memilih penyewa yang akan menyewa enam (6) lot premis Kedai Desa Rakyat Kuala Kerdau.


Seramai 12 bakal penyewa yang disenarai pendek telah ditemuduga oleh wakil Adun Kerdau Encik Ahmad Zamri bin Omar@Omar Hashim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun dan Pengurus Pemasaran dan Pengurusan Harta, Puan Suliyati binti Abdul Rahman.


Turut hadir adalah Penghulu Mukim Kerdau Encik Ahmad Kaha bin Mohd Taib dan Puan Suhaili binti Mohd Kenali, Penolong Pengurus Pemasaran dan Pengurusan Harta yang bertindak sebagai Pegawai Penyelaras.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.