Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


LAWATAN KERJA PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA RAYA, PENGANGKUTAN, KESIHATAN NEGERI PAHANG KE KAWASAN PERINDUSTRIAN TANJUNG AGAS,PEKAN
05/03/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani



Kuantan, 4 Mac - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato Sri Norolazali bin Sulaiman telah mengadakan lawatan kerja ke Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, Pekan, Pahang Darul Makmur pada 4 Mac 2021.

Lawatan julung kali ini bertujuan untuk melihat perkembangan pembangunan di kawasan perindustrian tersebut serta mengenal pasti isu-isu berbangkit untuk tindakan sewajarnya.

Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, Pekan adalah sebuah kawasan perindustrian yang berpotensi untuk menarik pelabur asing dan pelabur tempatan. Kesemua infrastruktur asas telah lengkap serta kelulusan - kelulusan asas telahpun diperoleh bagi membolehkan pembangunan dijalankan.

Turut hadir semasa lawatan ini adalah ADUN Peramu Jaya, YB. Dato Sri Haji Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, wakil PKNP iaitu Pengurus Perindustrian, Pengurus Teknik dan Pen Pengurus Perindustrian, barisan Pengurusan TGA Solutions Sdn. Bhd. serta wakil-wakil daripada jabatan dan agensi teknikal kerajaan negeri yang berkaitan termasuk PLAN Malaysia, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Pahang, Majlis Daerah Pekan, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Pekan dan lain-lain.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.