Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ATUR PERBINCANGAN DUA HALA DENGAN TPM TECHNOPARK SDN BHD
09/03/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani



Kuantan, 9 Mac - PKNP telah mengatur perbincangan dua hala dengan TPM Technoparks Sdn. Bhd. (TTSB) anak syarikat milikan penuh Johor Corporation (JCorp) untuk  membincangkan dan mendapatkan maklumat mengenai sektor industri kecil dan sederhana (IKS) di Negeri Pahang.

Sesi pertemuan yang julung kali diadakan ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun. Perbincangan ini adalah merupakan platform terbaik bagi membolehkan usahawan - usahawan IKS Negeri Pahang meneroka peluang bagi mengembangkan perusahaan mereka ke Negeri Johor dan di Pasir Gudang khususnya. Malah pihak TTSB juga  turut berkongsi status terkini pembangunan Kompleks IKS Pasir Gudang, Johor.


Hadir bersama Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Nasry bin Kassim, Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Muhammad Jabrul Akmal Mat Yahya dan Penolong Pengurus Hal Ehwal Korporat, Puan Nor Azlin binti Ahmad. Pihak JCorp dan TTSB diwakili oleh Encik Adi bin Yaakob dan Encik Mohamad Nur Rizan bin Ahmad Muhi.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.