Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP TANDATANGAN MOU BERSAMA TGA SOLUTIONS SDN BHD
18/03/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Genting Highlands, 17 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar mewakili PKNP hari ini menandatangani perjanjian bersama TGA Solutions Sdn Bhd di Awana Hotel dan Resort, Genting Highlands.

TGA Solutions Sdn Bhd diwakili  oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato Haji Amiruddin bin Mohd Said dan ahli - ahli Lembaga Pengarah.

Perjanjian ini adalah susulan dari MoU yang telah ditandatangani beberapa bulan yang lalu. Perjanjian pengurusan pasir ini menggariskan peranan - peranan PKNP dan TGA Solutions Sdn Bhd setelah konsesi pasir diperolehi kelak.

Hadir sama Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Sri Dr. Sallehuddin Ishak, Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Teknik, Tuan Haji Mohamad Hasrizal bin Hasim dan Penolong Pengurus Perindustrian, Puan Dhaleazafarina binti Md Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.