Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP DAN BAKAL PELABUR BINCANG CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK DI KAWASAN PERINDUSTRIAN GEBENG
22/03/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani



 
Kuantan, 18 Mac - PKNP dan syarikat CBG Builders Sdn. Bhd. (CBG)  baru-baru ini telah mengadakan  perbincangan bagi cadangan pembangunan bercampur di Kawasan Perindustrian Gebeng.



Perbincangan adalah tertumpu kepada cadangan komponen - komponen pembangunan yang ingin dibangunkan serta konsep awal yang dirancang. Walaubagaimanapun,cadangan pembangunan projek ini masih diperingkat awal dan kajian - kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan pembangunan projek ini dapat direalisasikan sewajarnya.



Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar. Turut hadir  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun, Pengurus  Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Kewangan, Encik Dino Rizal bin Kamaruzzaman, Penolong Pengurus Pemantauan Perniagaan, Puan Norashikin binti Abd Jalil, Penolong Pengurus Perindustrian, Puan Dhaleazafarina binti Md Zabani serta Penolong Pengurus Pembangunan Strategik, Puan Hafifazlin binti Mat Kenali.



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.