Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


JAMUAN MALAM MERAIKAN PERWAKILAN / HEAD OF MISSION AND SPOUSES ORIENTATION COURSES 2021
22/03/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 19 Mac - PKNP telah menganjurkan jamuan malam bagi meraikan hampir 30 perwakilan Head of Mission & Spouses Orientation Courses 2021 sempena lawatan ke negeri Pahang baru-baru ini.



Para perwakilan adalah terdiri daripada bakal-bakal diplomat  (Gred M54 - Jusa B) serta pasangan masing-masing  yang sedang mengikuti kursus anjuran Institute of Diplomacy & Foreign Relation iaitu sebagai persediaan sebelum dihantar untuk berkhidmat di kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negara.



Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar ketika menyampaikan Dinner Talk  di majlis tersebut,  mengalu - alukan kehadiran para perwakilan dan pasangan masing - masing serta menyampaikan taklimat berkaitan peranan PKNP selama lebih 50 tahun penubuhannya dalam agenda pembangunan di negeri Pahang.



PKNP sebagai One Stop Agency telah memainkan peranan yang penting dalam memudahcara para pelabur untuk memulakan perniagaan di Negeri Pahang. PKNP bersama Bahagian Hubungan Antarabangsa Pejabat SUK Pahang, MIDA, MITI dan agensi - agensi lain telah bekerjasama dengan jayanya dalam mempromosikan dan memuktamadkan pelaburan ke Negeri Pahang terutama di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan. Dalam tempoh tahun 1987 hingga Disember 2020, negeri Pahang berjaya menempatkan 657 projek dengan nilai pelaburan berjumlah RM 62.73 billion iaitu RM 50.40 billion  adalah pelaburan asing manakala RM 12.33 billion adalah pelaburan domestik.



Diharapkan melalui penganjuran majlis seperti ini hubungan PKNP dengan para perwakilan akan terus terjalin erat dan berkekalan terutamanya dalam membantu pihak PKNP  untuk mempromosikan peluang pelaburan di negeri Pahang khususnya di negara - negara yang  mereka akan berkhidmat.



Majlis ini turut dihadiri YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak dan isteri, Y. Bhg  Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Pelbagai Hala), Kementerian Luar Negeri, Dato' Nadzirah Ismail, Ketua-Ketua Jabatan Negeri Pahang, Pengurusan Tertinggi PKNP, Pengurus - Pengurus Bahagian/Unit serta pegawai/kakitangan PKNP yang terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.