Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


YB AHLI EXCO LAWAT TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN DI MARAN
24/03/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Maran, 24 Mac - YB.  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Dato' Abd Rahim bin Muda telah mengadakan lawatan tapak ke Taman Jaya Diri, Chenor, Maran baru-baru ini.



Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau proses baik pulih projek perumahan kos rendah kerajaan (PAKR) yang telah terbengkalai. Melalui pelaksanaan projek ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar dan seterusnya memberi peluang kepada anak jati setempat memiliki rumah sendiri.



Lawatan ini turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar, Pengurus Teknik, Tuan Haji Mohamad Hasrizal bin Hasim dan Pengurus Pembangunan Hartanah, Kapt. Azis bin Muhamad serta wakil-wakil  jabatan/agensi terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.