Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP BERSAMA MARII DAN WORLD GLOVE CITY (WGC) BAKAL BANGUNKAN HUB PEMBANGUNAN SARUNG TANGAN GETAH
29/03/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Putrajaya, 29 Mac - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) hari ini menandatangani kontrak bersama World Glove International Group City and Hub Development Sdn Bhd (WGC) untuk membangunkan Hub Pembangunan sarung tangan getah dan produk - produk PPE.

Turut berlangsung adalah majlis menandatangani perjanjian antara Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) dan WGC.

Perjanjian bagi Fasa 1 ini melibatkan pelaburan berjumlah RM 100 juta di atas kawasan seluas 317 ekar di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Pembinaan bagi Fasa 1 dijangka bermula pada Jun 2021 dan akan tamat pada Disember 2021. Pembuatan sarung tangan getah dan produk PPE ini mensasarkan pasaran Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara.

PKNP diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun dan Pengurus Bahagian Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii), Dato' Ts. Madani Sahar dan Ketua Pegawai Eksekutif WGC, Dato' Gianluca Ernesti.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.