Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ANJUR PROGRAM SIRI BIMBINGAN MASTER YOUR BUSINESS (MYOB) BERSAMA PENIAGA - PENIAGA BUMIPUTERA KOMPLEKS TERUNTUM
31/03/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 31 Mac - PKNP melalui Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan telah menganjurkan program MYOB bersama peniaga - peniaga Kompleks Teruntum baru-baru ini.



Program ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada para peniaga mengenai prestasi perniagaan, keperluan bimbingan dan sesi brainstorming untuk cadangan program - program bagi menarik orang datang ke Kompleks Teruntum.



Dalam program ini Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan,Encik Nasry bin Kassim membentangkan kertas kerja bertajuk Business Dalam Norma Baru.



Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun dan Pengurus Badan Bersama Pengurusan Kompleks Teruntum, Encik Muhammad Aidy Akmal bin Iyon Ardyka Pradana.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.