Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


CELIK PENGURUSAN WANG UNTUK WARGA KERJA PKNP
02/04/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 2 April - PUSPANITA PKNP melalui Biro Kebajikan dan Pendidikan dengan kerjasama Biro Seranta dan Ekonomi Kelab Keluarga Kumpulan PKNP berganding bahu menganjurkan program SMART BELANJA pada hari semalam di Dewan Utama dan Dewan Seminar EDC, Kompleks Teruntum.



Program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pahang.



SMART BELANJA diadakan bertujuan untuk berkongsi dengan para peserta akan kepentingan merancang dan mempraktikkan pengurusan kewangan dengan betul. Antara pengisian program ini adalah ceramah pengurusan keluarga secara berhemah oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).



Turut hadir bersama semasa program berlangsung adalah Pengerusi PUSPANITA PKNP, Puan Zuhaira binti Zainordin, Presiden Kelab Keluarga Kumpulan PKNP, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman dan Penolong Pengarah LPPKN Pahang, Puan Mazlina binti Abdul Hamid. Untuk rekod, program ini telah berjaya menarik 40 peserta dan telah mematuhi SOP yang ditetapkan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.