Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP TANDA TANGAN PERJANJIAN PAJAKAN TANAH DENGAN WORLD GLOVES INTERNATIONAL GROUP CITY & HUB DEVELOPMENT SDN BHD (WGC)
07/04/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 5 April 2021 - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) menandatangani perjanjian pajakan tanah dengan World Gloves International Group City and Hub Development Sdn Bhd (WGC) pada 5 April 2021 untuk membangunkan hub pembangunan sarung tangan getah dan produk PPE di Gebeng, Kuantan.



Hub pembangunan sarung tangan getah dan produk PPE ini melibatkan pelaburan berjumlah RM 100 juta di atas kawasan seluas 317 ekar di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan. Pembinaan bagi Fasa 1 dijangka bermula pada Jun 2021 dan dijadualkan siap pada Disember 2021.Pembuatan sarung tangan getah dan produk PPE ini mensasarkan pasaran Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara.



Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar mewakili PKNP untuk menandatangani perjanjian ini manakala WGC pula akan diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif World Gloves International Group City and Hub Development Sdn Bhd, Dato' Gianluca Ernesti.



Perjanjian ini disaksikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak,Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato' Indera Nazri bin Abu Bakar, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii), Dato' Ts. Madani bin Sahari.



Menurut Encik Mohd Faizal, pelaburan terbaharu di Kawasan Perindustrian Gebeng ini akan membawa limpahan ekonomi kepada kawasan setempat dan kawasan sekitarnya. Peluang - peluang pekerjaan dijangka akan meningkat dan dapat menampung kekurangan peluang pekerjaan sedia ada pada ketika ini.



Turut hadir Ahli - Ahli Perbadanan PKNP, Pengurusan PKNP, Ketua - Ketua jabatan negeri/persekutuan negeri Pahang serta Pegawai/kakitangan PKNP yang terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.