Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP MELAWAT BENTONG
08/04/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Bentong, 8 April - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar melakukan lawatan kerja ke Bentong baru - baru ini bagi meninjau perkembangan terbaharu dan mendapatkan status terkini projek - projek PKNP di kawasan Bentong.



Program bermula dengan melawat perkembangan terbaharu infrastruktur pembinaan jalan masuk ke Kawasan Perindustrian Bentong 2A.



Di samping itu, lawatan juga diadakan ke Kawasan Perindustrian Bentong 2B bagi mendapatkan status terkini tanah yang dibeli oleh ND Paper (Bentong) Sdn Bhd seluas 24 ekar.

Lawatan ini juga bagi meninjau peluang bagi cadangan pembinaan bengkel IKS kepada usahawan di kawasan perindustrian ini. Cadangan ini dijangka melibatkan tambahan bengkel sebanyak 15 unit untuk dilaksanakan di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke - 12 (RMK - 12).

Kawasan Perindustrian Bentong meliputi tanah seluas 177.3 hektar. Boustead Heavy Industries, ND Paper (Bentong) Sdn Bhd dan Bitumax Sdn Bhd adalah antara kilang - kilang yang telah beroperasi di kawasan perindustrian ini.



Lawatan diteruskan dengan meninjau perkembangan Projek Perumahan Chemperoh di Janda Baik. Projek ini kini sedang dalam pembinaan dan telah 84 peratus siap malah dijangka tamat pembinaannya pada pertengahan tahun 2021.



Program selama sehari ini diakhiri dengan lawatan ke tanah lot PPD Simpang Pelangai.

Hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif,Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun, Pengurus Bahagian Perindustrian,Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim, Pengurus Bahagian Teknik,Tuan Haji Mohamad Hasrizal bin Hasim, Pengurus Bahagian Pembangunan Hartanah, Kapt Azis bin Muhamad, Penolong Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat, Puan Nor Azlin binti Ahmad dan Tuan Haji Abdul Rahaman bin Abd Rani. Program ini diselaraskan oleh Bahagian Ehwal Korporat PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.