Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MESYUARAT PENYELARASAN PEMBINAAN KILANG BLACK PELLET DI GEBENG
13/04/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 13 April - Satu mesyuarat penyelarasan mengenai cadangan pembinaan kilang black pellet oleh syarikat Wilhelmina Energy Malaysia Sdn Bhd telah diadakan di Hyatt Regency Kuantan Resort, Kuantan baru - baru ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengurus Bahagian Perindustrian PKNP, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman.



Mesyuarat penyelarasan ini diadakan bagi membincangkan pajakan tanah PKNP seluas 23.35 ekar di Lot 140H, Kawasan Perindustrian Gebeng Fasa 3 termasuk keperluan teknikal sebelum pihak syarikat mengemukakan Permohonan Kebenaran Merancang kepada Pihak Berkuasa Negeri. Pelaburan bernilai 35 juta ini dijangka mula dibangunkan pada suku ketiga tahun 2021 setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. Pembinaan kilang ini mensasarkan peluang pekerjaan kepada hampir 150 orang penduduk.



Hadir bersama dalam mesyuarat ini adalah wakil daripada jabatan dan agensi teknikal yang berkaitan seperti MITI, MIDA, MBK, TNB, PAIP, JKR, JAS, JPS dan lain - lain. PKNP turut diwakili oleh Penolong Pengurus Bahagian Perindustrian, Puan Dhaleazafarina binti Md Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.