Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


YAB MENTERI BESAR PAHANG RASMI BCIC LODGE MILIK PKNP
20/04/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 19 April - YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah merasmikan bangunan BCIC Lodge di Bandar Indera Mahkota, Kuantan baru - baru ini.



BCIC Lodge sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Dagangan Mahkota (KDM). Sejak 2008, BCIC Lodge telah menjalankan fungsinya sebagai One Stop Centre yang menawarkan perkhidmatan sewaan bagi Majlis Perkahwinan, Jamuan Makan Malam, Seminar, Kursus, Mesyuarat, Kem Motivasi dan sebagainya. Malah, BCIC Lodge juga menawarkan penginapan dengan kemudahan yang selesa dan harga yang berpatutan.



BCIC Holdings Sdn Bhd merupakan salah satu anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan telah dibina sejak 32 tahun yang lalu iaitu pada 16 Mac 1989.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.