Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS BACAAN YASSIN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BERSAMA WARGA KERJA KUMPULAN PKNP
13/08/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 13 Ogos - Seramai hampir 100 Warga Kerja Kumpulan PKNP bersama - sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Encik Mohd Faizal bin Jaafar menyertai program bacaan yassin secara atas talian yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Yasser bin Dato' Mohd Najid malam tadi.

Program ini diadakan bagi memohon kerahmatan, kesejahteraan, keselamatan dan perlindungan kepada Allah S.W.T daripada wabak Covid -19 serta meraikan kedatangan tahun baru 1443 Hijrah. Tidak dilupa juga, program ini diadakan  semoga semua urusan PKNP dipermudahkan.

Sementara itu,  Encik Mohd Faizal dalam ucapannya menasihatkan warga kerja kumpulan PKNP untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengambil langkah segera jika diri dan ahli keluarga menunjukkan simptom dijangkiti wabak Covid -19. Malah beliau menambah sebelum bulan September 2021, semua warga kerja kumpulan PKNP akan mendapat 2 dos vaksin lengkap.

Program ini turut disempurnakan dengan solat hajat di kediaman masing - masing serta bacaan tahlil bagi anggota pekerja yang sedang sakit dan bekas anggota pekerja yang telah meninggal dunia.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun, Setiausaha Perbadanan, Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Pengurus - Pengurus Bahagian dan Unit serta Pengurus - Pengurus Anak Syarikat Kumpulan PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.