Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH PENILAIAN NEGERI PAHANG
09/09/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 8 September - Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Faizal bin Jaafar melakukan kunjungan hormat ke atas Pengarah Penilaian Negeri Pahang, Puan Maznah binti Ngah di Pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Indera Mahkota baru-baru ini.




Kunjungan kali pertama ini adalah untuk membincangkan berkaitan isu penilaian bagi tanah - tanah perindustrian di Negeri Pahang. Hadir bersama, Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman.





PKNP selaku One Stop Agency (OSA) dalam sektor perkilangan di Negeri Pahang sentiasa berusaha menarik kemasukan para pelabur ke Negeri Pahang dengan menawarkan pelbagai insentif dan perkhidmatan dengan tujuan untuk memudahkan para pelabur berurusan dengan jabatan/agensi teknikal terlibat di Negeri Pahang. Aspek penilaian hartanah juga merupakan antara faktor signifikan kepada para pelabur.





Adalah diharapkan melalui program seumpama ini, hubungan baik serta kerjasama di antara PKNP dan JPPH akan terus terjalin erat pada masa hadapan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.