Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SUMBANG RM 1 JUTA KEPADA KERAJAAN NEGERI PAHANG
04/10/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Genting Highlands, 1 Oktober - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah menyumbang RM1 juta kepada Kerajaan Negeri melalui Tabung Amanah Dana Khas Negeri Pahang.

Sumbangan ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar kepada YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dalam satu majlis ringkas penyerahan replika cek dari 9 buah syarikat induk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Dato' Sri Haji Wan Rosdy berkata, sumbangan ini adalah satu ketetapan dalam penyediaan bajet tahunan dan akan digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk disalurkan kembali kepada rakyat di Negeri Pahang yang memerlukan.

Pada masa yang sama beliau hadir merasmikan Kursus "Effective Corporate Governance and Business Ethics" oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Berkaitan (GLC) Negeri Pahang.

Turut hadir adalah YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, YB. Pegawai Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Indera Nazri bin Abu Bakar dan barisan Exco Kerajaan Pahang.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.