Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


TGA SOLUTIONS JALIN KERJASAMA DENGAN ABU DHABI PORTS GROUP UNTUK BANGUNKAN KAWASAN PERINDUSTRIAN TANJUNG AGAS, PEKAN
04/10/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Genting Highlands, 1 Oktober - TGA Solutions Sdn Bhd (TGAS) menandatangani perjanjian persefahaman bersama Abu Dhabi Ports Group yang berpangkalan di Abu Dhabi, UAE untuk meneroka peluang pembangunan sebuah kawasan perindustrian minyak, gas dan maritim di Kawasan Perindustrian Tanjung Agas (KPTA) yang berkeluasan lebih kurang 4,225 ekar dalam satu majlis ringkas petang semalam.

Sesi menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh YAM Tengku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin bin Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif TGA Solutions Sdn Bhd, Dato' Haji Amiruddin bin Mohd Said.

Ketua Pegawai Eksekutif TGA Solutions Sdn Bhd, Dato' Haji Amiruddin bin Mohd Said berkata, TGAS berbangga memilih Abu Dhabi Ports Group, salah sebuah syarikat yang terunggul dalam memacu perdagangan dan industri untuk memajukan pembangunan Taman Perindustrian Minyak, Gas dan Maritim di Negeri Pahang.

Beliau berkata, Abu Dhabi Ports Group memiliki kepakaran dan pengetahuan yang luas dalam sektor tenaga dan peluang ini digunakan untuk memajukan Kawasan Perindustrian Tanjung Agas.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.