Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK DIGITAL FREE TRADE ZONE (DFTZ) OLEH SYARIKAT DIGITAL EAST COAST SDN BHD
07/10/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani



Kuantan, 5 Oktober - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dijangka akan menerima pelaburan baru berasaskan aktivititi Digital Free Trade Zone (DFTZ) yang akan menempatkan aktiviti berasaskan produk makanan halal dan kosmetik di atas tanah seluas lebih kurang 92 ekar di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Projek dengan nilai pelaburan awal berjumlah RM 50 juta ini dijangka akan menarik limpahan aktiviti ekonomi sekitar setelah dibangunkan kelak yang mana pada ketika ini, pihak syarikat sedang menyelaraskan proses- proses awal bagi mendapatkan kelulusan- kelulusan yang berkaitan.

Mesyuarat penyelarasan pembangunan projek telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar dan turut dihadiri oleh Pengurus Perindustrian PKNP, Tuan Haji Md. Daud bin Abdul Rahman serta Penolong Pengurus Perindustrian, Puan Dhaleazafarina binti Md Zabani.

Turut hadir adalah Pengarah Eksekutif serta barisan pengurusan profesional syarikat Digital East Coast Sdn. Bhd.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.