Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


INSENTIF/HADIAH PERKHIDMATAN 25 TAHUN DAN PROGRAM PENGURUSAN LEAN
08/10/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 7 Oktober - Seramai 10 anggota pekerja PKNP menerima Insentif Perkhidmatan 25 tahun bersempena Majlis Persaraan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Pekerja PKNP di Dewan Utama EDC, Kompleks Teruntum, Kuantan. Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Faizal bin Jaafar berkata, tempoh 25 tahun bukanlah satu jangka waktu yang singkat. 25 tahun adalah satu manifestasi kesetiaan, dedikasi, ketekunan dan kecemerlangan seseorang anggota pekerja, katanya. Dalam majlis yang sama juga, Encik Mohd Faizal turut menyampaikan insentif Projek Pengurusan Lean 2019 dan Anugerah Khas kepada mantan Pengurus Perancangan Strategik yang juga pesara PKNP iaitu Encik Khaidir bin Mohd Nor di atas sumbangan idea dan komitmen beliau dalam membangunkan Laporan Pemantauan KPI Secara Automasi. Selain itu, hadiah Program Promosi Pengurusan Lean yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020 turut diberikan kepada para pemenang. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan Spot The Difference, Teka Kata Lean dan Grand Kahoot of Lean. Tahniah kepada semua pemenang dan peserta.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.