Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


JEMPUTAN KE PROGRAM LAWATAN YB MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) KE TAPAK PROJEK TERNAKAN KELULUT MODEN UTM - MDSR
11/10/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Johor Bahru, 11 Oktober - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar menghadiri lawatan tapak ke Projek Ternakan Kelulut Moden UTM, Nurseri Majlis Daerah Simpang Renggam, Renggam, Johor baru - baru ini.

Lawatan ini turut disertai oleh Pengurus Unit Pemantauan Perniagaan, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Nasry bin Kassim, Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Muhammad Jabrul Akmal bin Mat Yahya dan wakil anak syarikat, Rumpun Timur Sdn Bhd, Puan Hamidah binti Abdul Ghani.

Program ini adalah sebahagian dari program lawatan Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato' Sri Adham bin Baba ke Projek Ternakan Kelulut Moden UTM ini.

Projek ini dilihat berpotensi untuk diterokai kerana melibatkan pembangunan inovasi dan penggunaan teknologi tinggi serta akan menyumbang kepada pengeluaran madu kelulut yang lebih produktif dan berkualiti.

Seterusnya, PKNP juga dalam perbincangan untuk mengadakan kerjasama dengan pihak UTM bagi membuka hub ternakan kelulut di Negeri Pahang. Hub ternakan kelulut ini akan menjadi Centre of Learning dan akan membantu bagi meningkatkan ekonomi kumpulan B40.

Semoga apa yang dirancangkan berjalan lancar untuk kebaikan bersama.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.