Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KURSUS KESEDARAN DAN INTERPRETASI ISO 37001 : 2016
12/10/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 12 Oktober - Seramai 50 orang anggota pekerja Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) menghadiri Kursus Kesedaran dan Interpretasi ISO 37001 : 2016 secara dalam talian selama dua hari bermula 12 Oktober sehingga 13 Oktober 2021.

Kursus ini turut dihadiri Pengurusan Tertinggi PKNP, Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Faizal bin Jaafar dan Setiausaha Perbadanan, Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin. Peserta kursus terdiri daripada Pengurus Bahagian dan Unit, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pemilik Proses dan Sekretariat Integriti.

Kursus ini diadakan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Kebangsaan Siri 5 Bilangan 1/2021 serta arahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang menggesa kesemua jabatan dan agensi kerajaan untuk mendapatkan Persijilan Anti-Bribery Management System (ABMS).

Sehubungan itu, kursus ini diadakan untuk memberi pengetahuan serta mewujudkan sistem kawalan dalaman bagi sebuah organisasi untuk mencegah, mengendali dan menambahbaik langkah pengurusan anti-rasuah di dalam organisasi.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.