Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA KUANTAN
15/10/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani







Kuantan, 15 Oktober - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar bersama pelabur SMART GLOVE HOLDINGS SDN. BHD. melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Yang Hormat Dato' Hamdan bin Hussin dan pasukan teknikal MBK di Bangunan Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan semalam.

Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan kepada MBK bahawa SMART GLOVE HOLDINGS SDN BHD (SGHSB) akan mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) dalam waktu terdekat.

Datuk Bandar memaklumkan bahawa kelulusan KM hanya mengambil masa 28 hari bekerja setelah proses Self Regulated (SR) disempurnakan dalam masa 14 hari. SGHSB bercadang untuk mendirikan kilang sarung tangan dan industri berkaitan dalam 3 fasa pembangunan dengan GDV sebanyak RM 2  billion serta mewujudkan 4,000 peluang pekerjaan. InshaAllah satu lagi mercu tanda baru pembangunan industri di kawasan Gebeng dalam masa terdekat. Turut hadir adalah Tuan Haji Md Daud Abdul Rahman, Pengurus Perindustrian PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.