Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS PENYERAHAN KUNCI KEDAI DESA RAKYAT KUALA KERDAU, TEMERLOH
02/11/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani












Temerloh, 1 November - Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah merasmikan majlis penyerahan kunci Kedai Desa Rakyat Kuala Kerdau, Temerloh pada petang semalam.

Pada majlis ini 6 penyewa telah menerima replika kunci daripada YAB. Menteri Besar sebagai simbolik penyerahan kedai - kedai yang berada bersebelahan dengan Dewan Terbuka Sri Ketumbit, Kerdau ini.

Kedai - kedai ini bakal menyediakan perkhidmatan percetakan, alat komunikasi, dobi, kafe dan perkhidmatan penyelenggaraan komputer.

Diharapkan dengan terbinanya kedai ini akan meningkatkan pendapatan penyewa dan dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Hadir sama dalam majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang merangkap Adun Kerdau, Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun, Setiausaha Perbadanan, Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin dan Pengurus - Pengurus Bahagian yang terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.