Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SUMBANG RM 500,000 KEPADA KERAJAAN NEGERI PAHANG
08/12/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani







Kuantan, 7 Disember - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) menyumbang RM 500,000 kepada kerajaan Negeri Pahang melalui Tabung Perbendaharaan Negeri Pahang dalam satu majlis ringkas malam tadi.

Replika cek diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar kepada YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

YAB. Menteri Besar seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNP kali ke - 3 bagi tahun 2021 di AC Marriott by Hotel, Kuantan.

Mesyuarat juga telah meluluskan bajet PKNP bagi tahun 2022 dan didoakan agar PKNP akan terus bergerak maju dalam melaksanakan agenda kerajaan Negeri Pahang.

Terdahulu beliau telah memotong pulut kuning sebagai simbolik meraikan ulang tahun penubuhan PKNP yang ke 56. Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Ahli - Ahli Perbadanan PKNP, Pengurusan PKNP dan Pegawai PKNP yang terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.