Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


LAWATAN TAPAK KE PUSAT KECEMERLANGAN DRON PAYA BUNGOR
15/12/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 13 Disember - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) menyertai lawatan tapak ke atas tanah milik PKNP yang akan dibangunkan Pusat Kecemerlangan Dron Paya Bungor, Kuantan baru - baru ini. Lawatan anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Paya Besar ini diketuai oleh YB Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ahli Parlimen Paya Besar.

PKNP diwakili oleh Pengurus Teknik, Tuan Haji Mohamad Hasrizal bin Hasim dan turut disertai oleh pegawai-pegawai PKNP yang lain. Pusat Kecemerlangan Dron Paya Bungor ini akan dijadikan pusat latihan dron dan bakal menjadi salah satu tarikan terkini di kawasan ini.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.