Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KAKITANGAN KUMPULAN PKNP PAHANG BERHAD KALI KE - 27
20/12/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani







 

Kuantan, 19 Disember - Seramai 232 orang ahli Koperasi Kakitangan Kumpulan PKNP Pahang Berhad (Koperasi PKNP) telah menghadiri Mesyuarat Agung kali ke - 27 pada 19 Disember 2021 secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dan dipancarkan secara langsung melalui Facebook Live.


Sesi perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar melalui rakaman video yang dirakam lebih awal.


Antara agenda Mesyuarat Agung adalah melantik 4 orang calon Anggota Lembaga bagi sesi 2021 - 2024. Proses pengundian dikawal selia oleh pihak CTRM Koop.


Untuk rekod, Koperasi PKNP telah mencatatkan keuntungan RM 210,938.00 pada tahun 2020 berbanding RM 262,993.00 pada tahun 2019.


Pemberian dividen ke atas saham adalah 6 % pada tahun 2020 berbanding 7% pada tahun 2019.


Manakala, pemberian dividen ke atas yuran adalah 6% pada 2020 berbanding 7% pada tahun 2019.


Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengerusi Koperasi PKNP, YH Dato' Haji Ahmad Sabri bin Husin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun dan Ahli - Ahli Koperasi PKNP.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.