Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SKUAD BENCANA & SUKARELAWAN PKNP TURUN PADANG
23/12/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 23 Disember - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ungkapan itu tidak dapat menggambarkan kepayahan, kesedihan dan keperitan yang dialami mangsa - mangsa banjir.


Untuk itu, Ahli Skuad Bencana PKNP bersama sukarelawan yang terdiri daripada Warga Kerja PKNP seramai hampir 40 orang turun padang semalam bagi membantu anggota pekerja PKNP yang terjejas banjir.

Mereka bersama - sama membersihkan rumah dan mengangkat barang - barang yang kebanyakkannya sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi akibat bencana banjir yang melanda Kuantan baru baru ini.

Kawasan bantuan adalah tertumpu kepada rumah yang teruk dinaiki air disekitar daerah ini iaitu di Cenderawasih, Teluk Mahang, Taman Guru, Kurnia, Inderapura dan Bukit Rangin.

Pengurusan PKNP mengucapkan tahniah untuk yang menganjurkan dan yang telah terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.